Free image hosting powered by PostImage.org






Seribu Kemanisan adalah salah satu tajuk lirik yang telah saya hasilkan didalam album Dato Siti.
Walaupun sibuk dengan tugas, ia tidak menhalang dari saya mencari ilham untuk buat lagu. Ilham terjalin dalam lirik Seribu Kemanisan ialah dari pengalaman manis saya.

Karya saya dipaparkan melalui nyanyian Siti Nurhaliza. Diantaranya: Seribu Kemanisan (Composer Zul 2by2 - Lirik Hazlan Abu Hassan), Azimat Cinta (Composer Adnan - Lirik Hazida) dan Gelora Asmara (Composer Adnan - Lirik Hazida). Hazida adalah nama pena saya. Tidak kurang juga artis-artis lain yang mendendangkan karya-karya saya. Antaranya: Aqasha (Jendela Rindu), New Boyz (Andainya Kau Terima), Sapura (Ku Hitung Rindu), Ning Baizura (Bersama Mu), Liza Hamin (Rindu Pada Mu).Sebahgian yang lain penyanyi penyanyi baru. Saya masih lagi terikat dengan kontrak SRC Music. Sehinggga akhir tahun ini.

Sebelum ini, saya penulis bebas. Apabila saya ditawarkan oleh pihak SRC Record, saya bersetuju untuk mengikat kontrak selama tiga tahun. Waktu itu Adnan Abu Hassan (Composer) sebagai cordinator SRC Music. Dia lah yang banyak membantu saya dalam dunia musik ini.

DI SEBALIK LAGU SERIBU KEMANISAN... Zul 2by2 call saya ‘Bang! ada lagu baru untuk siti’ saya pun pergi jumpa Zul ‘Lagu ni pasti meletup bang!, saya bagi tempoh abang satu minggu untuk siapkan liriknya. ‘Kasi kaw-kaw nya lirik bang!’ saya hanya jawap OK! ‘Bila nak masuk studio?’ tanya saya. ‘Bulan ni jugak bang’ jawap Zul. Seminggu saya perah otak untuk nak menyiapkan lagu tu. Setelah saya selesai menyiapkan lirik lagu tu. Saya pun hantar pada zul. Keesokan hari nya saya terima talipon dari Zul mengatakan, ada beberapa perkataan dari lirik itu telah dirujuk kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka oleh PR Siti (Kakak ipar Siti, Rozi).

Sebab antara perkataan tu ada dua maksud. Pada awalnya memang saya sedar perkara tu. Selesai masaalah tu, tiba masa rakaman di Kristal Studio, Cheras Perdana. Waktu rakaman bermula 9.00mlm selesai 4.30pagi. ‘Apa tajuk lagu ni bang?’ tanya Siti. ‘Entahlah’ jawap saya. ‘Ok lah macam ni, saya beri tajuk lagu ni Seribu Kemanisan. Ok tak?’ ‘OK gak tu’. Jawap saya. Sewaktu rakaman tu Kak Cah(Habsah Hassan) mengeluh. ‘Kau tahu, masuk ni dah lima kali tukar lirik’ saya hanya mendiamkan diri saja. Maklumlah dia lebih otai dari saya. Setelah selesai rakaman. Giliran penerbit pulak untuk memilih kedudukan lagu dan tajuk album.

Maka lahirlah album Pancawarna. Saya dimaklumkan oleh Zul bahawa lagu Seribu Kemanisan diletakan ditempat atas. Ini bermakna lagu tu adalah lagu target. Kebiasaannya, lagu tu lah yang akan dicalunkan untuk muzik-muzik. “Abang kena tempah kot kali ni” kenapa? tanya saya. “Sebab kita akan naik pentas kali ni” jawab Zul. “Boleh ke Zul….” tanya saya. “Kalau dah Siti yang perform.” Diakhir pencalunan saya dimaklumkan bahwa Siti telah memilih sendiri lagu Percayalah untuk ke pertandingan muzik-muzik. Apa yang saya tahu lagu tu, lirik nya ditulis oleh Siti sendiri. Apa nak buat. Mungkin lain kali kot.

0 comments