
Sebenarnya saya tidaklah sehebat Allahyarham Loloq atau Pn. Habsah Hassan. Mengimbau kembali sewaktu pelancaran album Datuk Siti Nurhaliza 'Safa'teringat saya akan kata-kata sebuah media cetak diamana artikel nya berbunyi "Siapa lagi jika bukan si comel Siti Nurhaliza. Setelah lebih lima tahun dalam bidang nyanyian, dia umpama legenda. Baru saja melancarkan album terkini, Safa. Ramai yang mengilai lagu Azimat Cinta yang dikatakan berhantu"
Terkejut jugak rasa ketika itu, tak sangka karya saya mendapat fokus media dan peminat Siti ketika itu. Gambar-keratan yang masih simpan kehari ini.
Composer: Adnan Abu Hassan
Lirik: Hazida a.k. Hazlan Abu Hassan
AZIMAT CINTA
Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya
Bagaikan butiran permata
Seolah-olah terapung
Dipermukaannya
Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampai
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayang mu
Kini menjadi kalungan azimat cinta
Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan
[ Azimat Cinta lyric found on www.lirik.tv ]
Harumlah cinta duniawi
Sewangi kasturi syurgawi
Semoga bahagia jadi milik kita
Nan abadi selama-lamanya
Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan
Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua
February 22, 2009
Azimat Cinta
Labels: Karya saya
February 21, 2009
Malaysian Orchid

EXOTIC MALAYSIAN ORCHID
Located at one corner of Lake Garden (Taman Tasik Perdana), the Orchid Garden has over 800 species of exotic Malaysian orchids.Known as the world most beautiful flower, the orchid is truly exotic and special. Walk under pergolas, delighting in the exotic blooms of orchids or stroll through orchid-lined walkways! Feast your eyes on exotic species of orchid hybrids at this beautiful garden. Orchids are a Malaysian favourite, with both commercial gardeners and hobbyists. This garden attracts flower-lovers from all over the world. Buy a plant specimen as a moment of your visit to KL! The Kuala Lumpur Orchid Garden is a place where you can pick up tips on how to manage these beautiful flowers. Over 800 varieties of orchids, including the exotic species, thrive abundantly on this 1 hectare floral paradise. Come weekends, this garden becomes a gleeful orchid bazaar. Orchids are for sale on weekends. Orchid lovers, come and delight in the sight of the beautiful blooms at the Kuala Lumpur Orchid Garden. There are many rare species of orchid around the world which you can find at Kuala Lumpur Orchid Garden.
February 20, 2009
Iktibar
Iktibar dari kisah benar saya
Saya mengenali H sejak tahun 1990 lagi. Kami pernah berkerja di tempat yang sama. Dan mempunyai hobi yang sama iaitu memancing.Boleh dikatakan setiap hujung minggu (hari sabtu saja) kami akan pergi memancing bersama. Tak kira lah lubuk mana atau bekas lombong mana. Tetapi bagi H, dia tidak akan ketepikan keluarganya begitu sahaja. Sebaliknya dia akan peruntukan hari ahad adalah hari untuk bersama sama keluarga. Kerana itu, dia tidak mahu di ‘cop’ sebagai ‘gila mancing’ Isteri H pulak tidak pernah menghalang hobi sumai nya itu.Setelah bosan memancing di kawasan yang sama.
Kami bercadang untuk pergi ke Tasik Banding bersama sama keluarga. Trip itu disertai oleh 5 ahli keluarga termasuk keluarga H sendiri. Kami bercadang menyewa chalet terapung yang tidak begitu mahal sewa nya. Hanya terdapat satu katil queen size tapi kami selesa dengan chelat tersebut.Macam biasalah, kami yg kaki mancing tidak lepaskan peluang untuk menduga Tasik Banding yang dikatakan ada berbagai spesies ikan seperti ikan kaloi, ikan lampam, ikan toman dan ikan kelah. Kami menaiki bot kecil menuju ke hulu sungai untuk mencari lubuk-lubuk yang menarik. Setelah hampir sembilan jam kami memancing kami mengambil keputusan untuk pulang ke chalet.
Bila sampai di chalet, seorang kawan bergegas memberitahu bahawa isteri H memandu kereta menghala ke Kelantan. Apa lagi H terus menjejak isterinya lalu membawa semula ke chalet. Kata H, nasib baik tak sampai lagi ke Kelantan. Rupanya isteri H dah merajuk kerana H lambat balik ke chalet sebab H berjanji pergi sekejap aje. Lalu, kami pun berbincang menanyakan hal yang sebenar.Semasa perbincangan itu saya sempat menasihati isteri H supaya bersabar dan beralah terhadap hobi H itu “Awak sepatutnya bersyukur dengan hobi suami awak itu. Cuba awak lihat hobi orang lain. Ada yang kaki judi, ada yang kaki disco, ada yang kaki perempuan, ada yang kaki minum arak dan macam-macam hobi lagi. Isteri H hanya menundukkan mukanya sahaja.
Sejak dari peristiwa itu, H tidak pernah lagi mengajak atau pergi memancing bersama saya. Saya dapat rasakan yang isteri H tidak membenarkan H pergi memancing lagi Bagi saya tak kisah lah tu asalkan keluarga dia bahagia..Setelah emapat tahun berlalu, saya terima satu panggilan talifon dari seorang perempuan. Sambil tersedu-sedu dia meminta saya bertemu dengannya di satu tempat..Di pertemuan itu, saya amat terkejut kerana perempuan itu adalah isteri H. Lalu dia menceritakan segala-galanya tentang perubahan H. H sekarang dah berubah, dia kaki perempuan. Balik rumah selalu lewat. Kadang tak balik.Sambil menghulurkan satu set pancing yang agak mahal harganya.
Dia berharap agar saya dapat memujuk H dengan harapan H kembali aktif memancing semula. Saya hanya jawap ‘Saya akan cuba’Saya pun berjumpa lah dengan H membincang perkara ini. Malangnya H tetap dengan pendirian nya.”Aku lebih seronok memancing didarat dari aku memancing di air” Sehingga hari ini saya tidak tahu apa kesudahan keluarga H. Hanya tuhan saja yang mengetahui.