Free image hosting powered by PostImage.org

Iktibar dari kisah benar saya

Saya mengenali H sejak tahun 1990 lagi. Kami pernah berkerja di tempat yang sama. Dan mempunyai hobi yang sama iaitu memancing.Boleh dikatakan setiap hujung minggu (hari sabtu saja) kami akan pergi memancing bersama. Tak kira lah lubuk mana atau bekas lombong mana. Tetapi bagi H, dia tidak akan ketepikan keluarganya begitu sahaja. Sebaliknya dia akan peruntukan hari ahad adalah hari untuk bersama sama keluarga. Kerana itu, dia tidak mahu di ‘cop’ sebagai ‘gila mancing’ Isteri H pulak tidak pernah menghalang hobi sumai nya itu.Setelah bosan memancing di kawasan yang sama.

Kami bercadang untuk pergi ke Tasik Banding bersama sama keluarga. Trip itu disertai oleh 5 ahli keluarga termasuk keluarga H sendiri. Kami bercadang menyewa chalet terapung yang tidak begitu mahal sewa nya. Hanya terdapat satu katil queen size tapi kami selesa dengan chelat tersebut.Macam biasalah, kami yg kaki mancing tidak lepaskan peluang untuk menduga Tasik Banding yang dikatakan ada berbagai spesies ikan seperti ikan kaloi, ikan lampam, ikan toman dan ikan kelah. Kami menaiki bot kecil menuju ke hulu sungai untuk mencari lubuk-lubuk yang menarik. Setelah hampir sembilan jam kami memancing kami mengambil keputusan untuk pulang ke chalet.

Bila sampai di chalet, seorang kawan bergegas memberitahu bahawa isteri H memandu kereta menghala ke Kelantan. Apa lagi H terus menjejak isterinya lalu membawa semula ke chalet. Kata H, nasib baik tak sampai lagi ke Kelantan. Rupanya isteri H dah merajuk kerana H lambat balik ke chalet sebab H berjanji pergi sekejap aje. Lalu, kami pun berbincang menanyakan hal yang sebenar.Semasa perbincangan itu saya sempat menasihati isteri H supaya bersabar dan beralah terhadap hobi H itu “Awak sepatutnya bersyukur dengan hobi suami awak itu. Cuba awak lihat hobi orang lain. Ada yang kaki judi, ada yang kaki disco, ada yang kaki perempuan, ada yang kaki minum arak dan macam-macam hobi lagi. Isteri H hanya menundukkan mukanya sahaja.

Sejak dari peristiwa itu, H tidak pernah lagi mengajak atau pergi memancing bersama saya. Saya dapat rasakan yang isteri H tidak membenarkan H pergi memancing lagi Bagi saya tak kisah lah tu asalkan keluarga dia bahagia..Setelah emapat tahun berlalu, saya terima satu panggilan talifon dari seorang perempuan. Sambil tersedu-sedu dia meminta saya bertemu dengannya di satu tempat..Di pertemuan itu, saya amat terkejut kerana perempuan itu adalah isteri H. Lalu dia menceritakan segala-galanya tentang perubahan H. H sekarang dah berubah, dia kaki perempuan. Balik rumah selalu lewat. Kadang tak balik.Sambil menghulurkan satu set pancing yang agak mahal harganya.

Dia berharap agar saya dapat memujuk H dengan harapan H kembali aktif memancing semula. Saya hanya jawap ‘Saya akan cuba’Saya pun berjumpa lah dengan H membincang perkara ini. Malangnya H tetap dengan pendirian nya.”Aku lebih seronok memancing didarat dari aku memancing di air” Sehingga hari ini saya tidak tahu apa kesudahan keluarga H. Hanya tuhan saja yang mengetahui.

0 comments